1. Jika anda dapat mengubah satu peristiwa penting dalam sejarah, peristiwa apakah yang akan anda ubah dan kenapa?

     Di dalam kehidupan ini semua manusia ingin hidup dalam keadaan aman damai.  Tetapi malangnya menjadi fitrah manusia akan melakukan kesalahan.  Mengikut telunjuk nafsu tanpa berfikir kesan yang bakal dihadapi.  Manusia lebih suka menegur atau menyalahkan orang lain dapat bentuk kemarahan daripada berunding dengan elok dan bertolak ansur.  Akibatnya, akan tercetusnya pergaduhan hingga mengherat masyarakat yang tidak bersalah bersama dan menjadi mangsa.  Hal ini, pasti terjadi seperti peristiwa Kampung Medan.  Disebabkan keluarga Melayu menengking seorang lelaki India kerana merempuh tapak perkahwinan Melayu kerana membawa motosikal dalam keadaan mabuk.

Peristiwa berdarah ini berlaku di Kampung Medan melibatkan pergaduhan antara India-Melayu pada tanggal 4 Mac hingga 8 Mac 2001 selama lima hari.  Peristiwa ini berlaku melibatkan beberapa buah kampung iaitu Kampung Medan, Kampung Gandhi, Kampung Lindungan, Kampung Datuk Harun, Taman Desa Ria dan sekitar Jalan Klang Lama.  Sengketa ini merebak begitu cepat kerana kawasan ini merupakan kawasan setinggan berpuluh-puluh tahun tanpa pembelaan.  Selan itu, pergaduhan ini turut merebak ke Petaling Jaya, Jalan Gasing, Sungai Way, Bandar Sunway, dan Puchong.  Ketika kejadian ini, saya bekerja di kawasan tersebut dalam Syarikat Telekom Malaysia sebagai Juruteknik bahagian pembaikan talian telepon.  Keadaan pada masa itu amat tegang dan dikawal oleh Polis dan FRU.  Hal ini, menyukarkan kami untuk menjalankan baikpulih kerosakan di kawasan berkenaan.  Melakukan kerja dalam keadaan takut,, kuatir diserang oleh penduduk kawasan berkenaan.  Terdapat kawasan yang tidak dibenarkan kami masuk kerana masih dalam keadaan tegang.


        Pada pandangan saya, pergaduhan yang tercetus ini sepatutnya tidak berlaku kerana puncanya amat kecil dan boleh diselesaikan tanpa berlaku pergaduhan.  Pergaduhan antara dua kumpulan bermula di Kampung Medan ekoran persediaan majlis perkahwinan dan majlis pengkebumian.  Majlis perkahwinan diadakan di sebuah rumah orang Melayu.  Sementara jiran Indianya megadakan majlis pengkebumian.  Seorang lelaki berbangsa India dikatakan membawa motorsikal dalam keadaan mabuk dan terbabas merempuh tapak perkahwinan Melayu.  Ini mengdatang kemarahan orang kampung dan menengking lelaki India tersebut.  Lelaki India tersebut tidak dapat menerima tengkingan kemudiannya mengajak sekumpulan untuk menyerang majlis perkahwinan Melayu tersebut.  Pergaduhan tersebut dipercayai dilakukan oleh orang luar yang dibawa masuk ke Kampung Medan.  Pergaduhan ini melibatkan seramai 200 orang.  Pendudukan setempat berada dalam keadaan ketakutan pada waktu malam.  Masyarakat India berwaspada dan bersiap sedia sekiranya penduduka Melayu datang menyerang mereka.  Manakala Penduduk Melayu berkawal sedia sebarang kemungkinan kerana takut diserang.  Sebenarnya mereka tidak takut akan jiran-jiran mereka kerana saling mengenali hampir tiga dekad.  Dikatakan samseng-samseng datang  dari luar.

Datuk Seri Dr Mohamed Khir Toyo ketika itu selaku Menteri Besar Selangor bertindak berkawal di kuil Hindu di Kamlung Medan agar orang-orang Melayu tidak bertindak.  Beberapa orang yang cedera telah di hantar ke Hospital Universiti di Petaling Jaya.  Pihak Polis dan FRU telah berkawal di beberapa kampung dan taman sekitar Jalan Klang Lama.  Timbalan Menteri ketika itu Datuk Mohamad Jamil Johari.  Seramai 153 orang ditahan kerana berada dalam keadaan mencurigakan di tempat kejadian.  95 orang Melayu, 56 orang India dan 2 warga Indonesia.  Dilaporkan 37 orang tercedera termasuk 3 India dan 34 Melayu.  Pelbagai senjata diguna dalam pergaduhan tersebut telah dirampas.

Pada saya, kenapa perkara ini tidak patut berlaku kerana kesan daripada pergaduhan masih diingati dan menjadikan satu tembok pemisah antara dua kaum.  Sekiranya peristiwa ini dapat diubah, saya akan menyelesaikan dengan cara yang betul kerana melibatkan antara jiran.  Sekiranya perkara ini tidak berlaku, pastinya hubungan antara dua kaum ini akan lebih harmoni dan lebih erat tanpa tercalit sejarah hitam.

Comments

  1. Sesuatu yang menarik yang dapat dikongsi melalui catatan pengalaman cuma pastikan penggunaan ayat dan ejaan yang bertepatan supaya lebih jelas dan di fahami.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

RINDU TIADA PENGHUJUNG